Gadis itu tunduk..dengan air mata yang bergenang ditubir matanya, gadis itu betul2 sedih dengan keputusan yang baru saja diperdengarkan dari mulut jejaka itu. Betapa hancurnya hatinya tatkala si kekasih hati mengungkapkan kalimah sedih itu. Bukan begini kesudahan yang dia impikan sepanjang perhubungan itu dilangsungkan.
Jejaka itu terus berlalu pergi tanpa mendengarkan jawapan mahupun penjelasan.
Terkapai2 gadis itu memperhatikan langkah pemergian jejaka itu sampai hilang daripada pandangan. Lama dia berada disitu dan menangis teresak2 sebelum membawa langkah lemah-longlai balik ke hostel.
**********************************************************************
Kini sudah 4 tahun hal tersebut berlaku namun masih menjadi satu tayangan yang abadi di layar ingatannya.Satu peristiwa yang kekal dalam lipatan surat pada kotak memorinya dan tidak mungkin akan dia lupakan walaupun sesaat. Teryata dia masih mencintai jejaka itu biarpun hatinya masih tercalar kesan daripada perpisahan itu. Tapi untuk bertemu dan menatap semula wajah jejaka tersebut, dia tidak sanggup!
***********************************************************************
Dengar khabar jejaka itu bakal mendirikan alam bahagia bersama dengan gadis pilihannya. Berita perkahwinan mereka betul2 meragut tangkai hati gadis tersebut. Dunia terasa gelap seketika dan dia hilang arah tujuan. Jejaka yang dia puja selama ini telah pun dipunyai oleh insan lain. Dia mula membenci dirinya kerana masih menyimpan perasaan cinta yang mendalam terhadap jejaka itu biarkan sudah lama diputuskan ikatan cinta mereka.
*********************************************************************
Akhirnya dikuatkan semangatnya untuk datang ke majlis perkahwinan bekas kekasih hatinya itu. Dia ingin bersua muka dengan bakal pasangan suami isteri itu untuk mengucapkan tahniah dan rasa tumpang gembira akan perkahwinan mereka. Persoalannya, benarkah dia mahu rasa tumpang gembira atau sekadar ingin menunjukkan muka nya buat sekian kalinya kepada Andy dan lebih2 lagi kepada bakal isterinya. Adakah dia cukup kuat untuk menonton drama realiti cinta bahagia Andy yang suatu ketika dahulu dia memiliki cinta lelaki itu. Akhirnya diteruskan juga keputusannya untuk datang ke hari perkahwinan Andy pada hari sabtu bersama rakan sekerjanya, Belina yang merupakan kawan baik kepada adik perempuan Andy. Menerusi Belina jugalah dia mendapat tahu yang Andy akan berkahwin apabila pada suatu hari adik perempuan Andy datang menjenguk Belina di pejabat pada waktu tengahari membawakan kad jemputan.
*********************************************************************
Hari itu tiba jua. Betapa berdebar hatinya menantikan detik, telapak tangannya terasa sejuk dan mukanya pucat lesi. Nasiblah Belina yang juga teman serumahnya tidak menyedari tingkah laku peliknya itu.Terus dia mengekori langkah Belina masuk ke dalam perut kereta untuk menuju ke rumah pengantin. Belina yang memandu dan dia gelisah sendirian di sebelah.
**********************************************************************
Debar di hati makin menggila tatkala kereta vios hitam menuju masuk ke perkarangan banglo tersebut. Kelihatan sudah meriah dengan tetamu yang ramai hadir yang rata2 nya orang berada. Dia dan Belina keluar dari kereta dan melangkah menuju ke dalam banglo. Dengan perasaan yang berkecamuk dia ikut saja dari belakang Belina.
*****************************************************************
" Sara....is that you?"
satu suara menyapanya dari arah belakang. Dia kenal betul suara tersebut. Dia langsung membatu dan mendiamkan diri. Untuk menoleh ke belakang, dia tidak mampu. Hilang semua kekuatannya yang dia kumpul sebelum ini. Dia betul2 tiada persediaan untuk bersemuka dengan jejaka itu apatah lagi menghadap mukanya.
Andy terus melangkah ke hadapan dan mendepani gadis tersebut yang tunduk. Kelakuannya seperti peristiwa 4tahun yang lepas. Diam, tunduk.
" Sara..lama dh x jumpa..x sangka dapat jumpa u kat cni..kat wedding i lagi.."
Andy memulakan perbicaraan. Dia dapat merasakan gadis itu masih rasa segan untuk berhadapan dengannya setelah apa yang berlaku suatu masa dahulu. Tindakan itu memang kejam tetapi untuk mengulang kesilapan yang sama sekali lagi, dia enggan. Cukuplah dia kehilangan cinta yang pertama, tidak sanggup lagi dia melepaskan cinta yang terakhir dalam genggamannya sekarang.
* to be continue...BeeLibra ;) *
jd budak nakal..
15 years ago
